Our Humairah

Lilypie Kids birthday Ticker

Our Faihana

Lilypie Kids birthday Ticker

Our Little Raisha

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, October 21, 2009

this is sweet!!!

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada apa yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang anda gemar berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila
usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah
sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA
Pabila mengucapkan 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki
apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah
itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,
'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS
ngatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah
berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya
daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUHSATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

3 comments:

*adie* said...

farah ku sayang! aku kopipes yea.. i love it!!

sue_eila said...

hai kak farah...yer sue sokong semua tu, mmg itulah yg sepatutnya kita amalkan :-)

Naddiea said...

good info sis!!